Friday, May 29, 2009
Thursday, May 28, 2009
Wednesday, May 27, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Impian

Kita lebih mengimpikan
Bintang yang berkerdipan
Yang tidak tercapai di awangan

Butiran berlian
Yang bergemerlapan di jalanan
Alangkah baiknya
Aku
Menjadi bintang yang berkerdipan di awangan
Yang sentiasa menjadi idaman
Berbanding berlian yang bertaburan
Yang tidak dihiraukan di jalanan
Begitulah lumrah manusia
Yang seringkali mengimpikan
Sesuatu yang tidak pasti
Walhal kelak ia
Akan memakan diri sendiri
By: Amir Abdullah
Seringkali
Kita meraba
Di dalam pekat malam
Mencari cahaya
Sedangkan
Kita sudah tahu
Bahawa
Sinar mentari
Akan
Muncul jua
Seringkali
Kita mencari-cari
Sesuatu
Yang tidak pasti
Sedangkan
Kita sudah mengerti
Semuanya
Sudah ditentukan Ilahi
Mengapa
Masih lagi mencari
Cinta suci
Nan sejati
Sedangkan
Kita tahu dia sentiasa berada di sisi
Berilah peluang
Biarpun sekali
Agar indah
Hidup yang akan ditempuhi
By: Amir Abdullah
Monday, May 25, 2009
Hadiah apa nak bagi untuk pasangan yg baru berkahwin??
haa..aku ada satu cadangan...tapi sebelum tu, korang kena baca kisah kat bawah ni dulu...
_________________________________________________________
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.
"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.
"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalamualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.
"Wa'alaikumussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
"Kringggggg...."
"Tik..tik..tik..tik..."
"Kring.. kring..kring.."
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi...
"Selamat Pengantin Baru,
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim."
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!
TAMAT
____________________________________________________________
Dah dapat ideanya kengkawan? muahahahaha~
Friday, May 22, 2009
Perang Salib
Perang Salib bertitik tolak dari pembangunan pesat yang berlaku di Eropah Barat semasa Zaman Pertengahan, serta kemerosotan Empayar Byzantine di Timur. Perpecahan Empayar Carolingian pada lewat abad ke-9 dan kestabilan Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav, dan Magyar menghasilkan ramai satria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap para petani. Pihak gereja berusaha untuk membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce of God yang hampir berjaya. Namun, terdapat segelintir satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka - kecuali yang berlaku semasa Reconquista di Sepanyol dan Portugal, di mana tentera Kristian sibuk memerangi bangsa Moor yang beragama Islam di Eropah.
Pada 1009, Khalifah Fatimiyyah, al-Hakim bi-Amr Allah telah menggeledah hospis pilgrim di Baitulmuqaddis dan merosakkan Gereja Makam yang Suci. Walaupun didirikan semula oleh Maharaja Byzantine, peristiwa memalukan ini sentiasa berada dalam ingatan bangsa Eropah dan menolong menyemarakkan lagi Perang Salib.
Pada 1063, Paus Alexander II telah memberi restu Papal kepada rakyat Kristian di Iberia untuk melancarkan perang terhadap orang Islam, memberi Papal standard (yang dipanggil vexillum sancti Petri) dan pengampunan 'indulgence' bagi mereka yang terbunuh sewaktu perang. Rayuan daripada beberapa Maharaja Byzantium yang diancam oleh tentera Seljuk, bermula pada 1074 daripada Maharaja Michael VII kepada Paus Gregory VII, kepada Maharaja Alexius I Comnenus kepada Paus Urban II pada 1095, akhirnya mendapat perhatian Paus Alexander II.
Perang Salib berlaku antaranya untuk menunjukkan ketaatan kuat kepada agama yang bangkit pada abad ke-11 di kalangan orang awam. Salah satu sebab ini terjadi adalah Kontroversi Istiadat Pengurniaan (di mana satria Kristian menerima penghargaan dari pihak gereja) yang bermula lebih kurang pada 1075 dan masih berterusan sepanjang Perang Salib Pertama. Perkara ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh penganut Kristian sehingga mereka berlumba-lumba untuk menarik sokongan umum, menyebabkan satu pengalaman keagamaan yang dramatik. Hasilnya adalah satu kesedaran spiritual Kristian dan timbulnya minat awam yang kuat terhadap agama. Ini diperkuatkan dengan propaganda keagamaan, dan sokongan untuk Perang Yang Adil untuk merampas semula Tanah Suci termasuk Baitulmuqaddis (di mana berlakunya kematian, kebangkitan semula dan naiknya Nabi Isa ke syurga) dan Antioch (bandar raya Nasrani yang pertama) daripada orang Islam. Semua ini akhirnya dinyatakan dalam sokongan popular massa untuk Perang Salib Pertama sewaktu abad ke-12.
Kehadiran Islam di Tanah Suci kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin oleh tentera Islam Arab dalam abad ke-7. Walaupun begitu, orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci ataupun menganggu keselamatan bihara-bihara dan masyarakat Kristian di Tanah Suci. Orang-orang Eropah di Barat juga tidak begitu peduli dengan kehilangan Baitulmuqaddis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan oleh orang Islam dan puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar. Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada Kristian Ortodoks Timur yang berpusat di Empayar Byzantine.
Perubahan sikap Barat terhadap Timur berlaku pada tahun 1009 apabila Khalifah Fatimiyyah dari Kaherah iaitu al-Hakim bi-Amr Allah menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitulmuqaddis. Pengganti al-Hakim membenarkan Empayar Byzantine untuk membina gereja semula tetapi dengan syarat yang ketat, dan jemaah Kristian telah dibenarkan semula untuk melakukan kunjungan suci. Terdapat juga khabar angin disebarkan memgenai kekejaman Muslim terhadap jemaah Kristian. Cerita-cerita ini kemudiannya memainkan peranan penting dalam menyeramak Perang Salib pada abad-abad seterusnya.
Penyebab serta merta Perang Salib
Adalah mustahak mencari asal-usul satu perjuangan ideal dalam perjuangan di antara orang-orang Kristian dan orang Islam di Sepanyol dan mempertimbangkan bagaimana idea satu perang jihad timbul daripada latar belakang ini. — Norman F Cantor
Perang Salib Pertama berpunca daripada rayuan Alexius I kepada Paus Urban II meminta tentera upahan menolongnya menyekat kemaraan tentera Islam ke dalam wilayah Empayar Byzantine. Pada 1071, Empayar Byzantine ditumpaskan di Pertempuran Manzikert, dan kekalahan ini menyebabkan Empayar kehilangan kesemua wilayah kecuali kawasan pesisiran Asia Minor (Turki baru). Walaupun Perpecahan Timur-Barat sedang bergolak antara penganut Roman Katolik di Barat dan gereja Yunani Ortodoks di Timur, Alexius I masih mengharapkan sedikit bantuan daripada rakan Kristian yang lain. Jawapan yang diterimanya adalah menggalakkan, Paus telah memanggil satu bala tentera penakluk yang besar bukan sahaja mempertahankan Empayar Byzantine, malah mengambil semula Baitulmuqaddis.
Apabila Perang Salib Pertama mula diseru pada 1095, pemuda-pemuda Kristian di utara Iberia telah pun berperang bersama di pergunungan Galicia dan Asturias, negara Basque dan Navarre, dengan memperoleh banyak kejayaan untuk kira-kira seratus tahun. Kejatuhan kerajaan Islam Moor di Toledo kepada kerajaan León pada 1085 adalah dianggap satu kemenangan yang besar, namun Reconquista masih mahu diteruskan. Pada masa itu terdapat perpecahan dikalangan amir-amir Islam, dan kebanyakan keluarga orang Kristian berada di negara yang selamat. Mereka (orang kristian) tidak tahu apa-apa kecuali bergaduh, mereka juga tiada sebarang taman mahupun perpustakaan untuk dipertahankan, dan mereka harus mara ke wilayah asing yang dihuni oleh orang 'kafir'. Semua faktor-faktor ini digunakan sebagai alasan berperang dengan orang Islam. Sejarawan Sepanyol melihat Reconquista sebagai acuan penting membentuk sebuah pasukan yang berwatak Castilian, dengan kesedaran "kebaikan tertinggi adalah untuk mati bertarung demi agama Kristian sesuatu negara".
Reconquista adalah contoh paling ketara perang Kristian terhadap penaklukan Islam selain beberapa contoh lain seperti penjelajah seorang Norman, Robert Guiscard, untuk menakluki "toe of Itali," Calabria, pada 1057 dan mempertahankan kawasan yang secara tradisinya wilayah Byzantine, daripada orang Islam di Sicily. Negeri-negeri maritim Pisa, Genoa dan Catalonia semuanya berjuang menentang kubu Islam di Majorca dan Sardinia, membebaskan susur Itali dan Catalonia daripada serangan-serangan Islam. Terdahulu dari itu tanah air Kristian di Syria, Lebanon, Palestin, Mesir, dan sebagainya pernah menjadi taklukan askar-askar Islam. Sejarah berpanjangan yang menyaksikan kejatuhan wilayah-wilayah Kristian ke tangan musuh berlainan agama telah menghasilkan satu dorongan kuat untuk menerima seruan maharaja Byzantine, Alexius I, melancarkan perang agama demi mempertahankan seluruh penganut Kristian, dan mengambil semula tanah-tanah yang telah jatuh ketangan Islam bermula dengan Baitulmuqaddis.
Paus Gregory VII pada mulanya ragu-ragu untuk mengorbankan darah awam bagi perang agama. Keraguan hilang apabila tindakan perang dilihat sebagai keganasan yang bersebab antaranya kerana penyeksaan orang-orang Kristian yang melakukan lawatan suci ke Tanah Suci. Dan pada orang Kristian, yang menentang Arianisme dan fahaman menyeleweng lain, keganasan kepada kaum 'kafir' adalah perkara biasa yang diterima. Santos Augistine daripada Hippo misalnya menunjukkan bahawa penggunaan kekerasan untuk berkhidmat kepada Tuhan di Bandar Raya Tuhan adalah wajar dan bagi seorang penganut Kristian "perang yang adil" dapat meninggikan kedudukan seorang pemimpin yang agresif dan bercita-cita tinggi di Eropah seperti Paus Gregory sendiri. Di utara Rome, satria yang menyusahkan boleh dipergunakan dalam perang. Di selatan Rom, tentera Norman menunjukkan potensi untuk dipergunakan bagi menghadapi orang Arab (di Sicily) dan pihak Byzantine di tanah besar. Menguasai Constantinople juga akan memperkukuhkan kuasa Papal setelah perlaku perpecahan agama Kristian pada tahun 1054.
Di Byzantine, kelemahan maharaja terserlah berikutan kekalahan dalam Pertempuran Manzikert pada 1071, yang menguncupkan Empayarnya di wilayah Asia kepada sebuah rantau di barat Anatolia dan di sekitar Constantinople. Dalam keadaan terdesak, maharaja Byzantine, Alexius I Comnenus, meminta bantuan daripada musuhnya iaitu Paus. Tetapi Paus Gregory pada ketika itu begitu sibuk dengan Kontroversi Istiadat Pengurniaan dan tidak dapat membantu maharaja tersebut dan Perang Salib ini tidak terjadi. Bagi pengganti Gregory yang lebih sederhana iaitu Paus Urban II, Perang Salib akan menyatukan semula seluruh penganut Kristian, menyokong Papal, dan mungkin membawa negara di Timur di bawah kawalannya. Rakyat Jerman dan Norman yang tidak puas hati tidak perlu dijadikan sandaran kerana 'jantung' dan 'tulang belakang' perang agama ini boleh diperoleh di kalangan orang Perancis utara.
Selepas Perang Salib Pertama
Perang Salib Pertama melakarkan gelombang keganasan keagamaan seperti pembunuhan beramai-ramai Yahudi, serta layanan ganas terhadap orang-orang Kristian Ortodoks Timur yang ingin berpisah daripada Kristian di barat. Keganasan pada orang-orang Kristian Ortodoks memuncak semasa penggeledahan Constantinople pada 1204, di mana kebanyakan askar-askar salib turut terlibat.
Selepas Acre jatuh buat kali terakhirnya pada 1291, dan selepas penghapusan Occitan Cathars dalam Perang Salib di Albigensian, ideal perjuangan ini semakin surut akibat permainan politik Papal untuk kepentingan dirinya.
Pasukan satria Order of Knights terakhir berada di wilayah Acre adalah Kesatria Darjah Hospitaller. Selepas kejatuhan Acre mereka melarikan diri ke pulau Rhodes, dan dalam abad ke-16 mereka dihalau ke Malta. Pasukan ini akhirnya telah disingkirkan oleh Napoleon pada 1798.
Perang Salib yang utama
Terdapat pelbagai Perang Salib di mana yang besar sebanyak sembilan kali. Perang Salib yang penting dan terbesar berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13. Perang Salib bukan sahaja berlaku di tanah orang Islam tetapi juga di Iberia dan Eropah tengah.
Selain itu terdapat beberapa perang Salib kecil-kecilan terhadap fahaman yang dianggap sesat oleh pihak berkuasa Kristian dan musuh-musuh peribadi Paus atau raja-raja berkuasa yang lain. Perang Salib seperti ini telah berterusan ke abad ke-16 hingga Zaman Pembaharuan dan Reformasi apabila iklim politik dan keagamaan Eropah berubah. Berikut ialah satu senarai Perang Salib yang utama.
Perang Salib Pertama (1095-1099)
Perang Salib Pertama terjadi apabila Maharaja Bizantium, Alexius I, meminta tolong dari Paus untuk melindungi empayarnya dari Turki Seljuk. Pada tahun 1095, semasa Majlis Clermont, Paus Urbanus II menginginkan Baitulmuqaddis jatuh ke genggaman tentera Frank. Alasannya adalah sejak kejatuhan Konstantinopel ke tangan bangsa Seljuk, bangsa Eropah menghadapi kesulitan menziarah Jerusalem kerana dihalang oleh bangsa Seljuk.
Pihak Vatikan mengirim surat kepada raja-raja Eropah meminta bantuan beserta sukarelawan dari rakyat mereka. Vatican juga mula mengumpul sukarelawan perang dan menjanjikan syurga dan penghapusan dosa. Pihak Vatikan juga mengatakan membunuh umat Islam adalah halal dan mereka yang berbuat demikian dijamin masuk syurga.
Para pembesar Eropah mengirimkan mereka sekitar 40,000 orang di bawah pimpinan Raymond dari Toulouse, Behomend dari Sicily, dan Godfrey dari Boullin. Pemimpin perang ini diberi jaminam akan menjadi para pembesar di Kerajaan Suci Jerusalem. Tentera Salib berkumpul di Konstantinopel untuk membantu Rom Timur pimpinan Alexius Comnenus melawan bangsa Seljuk. Maka bermulalah perjalanan yang panjang.
Pada 4 Jun 1097, tentara salib menakluki ibu kota Seljuk menyebabkan tentera diterajui Sultan Qilij Arslan mengalami kekalahan besar-besaran dalam pertempuran Dorylaeum di dataran tinggi Anatolia. Tentera salib meneruskan perjalanan ke Antioch. Kota ini dikepung cukup lama dari Oktober 1097 hingga Jun 1098. Gabenor Antioch, Yaghisian, mengusir kaum Kristian yang terkenal dengan sebutan kaum Ortodoks Timur yang tinggal di dalam kota sejak bertahun-tahun yang lalu. Yaghisian juga memohon pertolongan daripada Syria untuk mengusir tentara salib.
Syria mengirim bantuan dan mereka mengepung tentera salib supaya tidak mendapat bekalan makanan dari luar. Strategi ini berjaya sehingga satria berkuda tentera salib terpaksa memakan kuda mereka dan para tentera pejalan kaki memakan dedaunan untuk terus hidup. Walaupun tentera Islam berjaya memutuskan hubungan dunia luar, tentera Salib masih mampu merebut Antioch. Kekalahan tentera Islam adalah berpunca rasa ketidakpercayaan antara sesama pasukan. Tentera bantuan dari Syria enggan mematuhi perintah gabenor Antioch, Yaghisian, kerana mereka beranggapan panglima dari Syria lebih tinggi daripada gabenor sebuah jajahan dari Syria. Kekalahan mereka juga disebabkan terdapat pengkhianat yang membocorkan rahsia pasukan Islam kepada para pimpinan tentera salib yang menjanjikan hadiah yang besar.
Setelah menguasai Antioch sepenuhnya, tentara salib bergerak menuju ke Ma’araat al-Nu’man dan menakluknya pada 2 Disember 1098. Ma’araat al-Nu’man bukanlah sebuah kota besar seperi Baitulmuqaddis ataupun Damsyik. Kekejaman tentara salib tidak akan terhapus dari memori umat Islam. Didorong oleh kepercayaan bahawa membunuh umat Islam dijamin syurga, tentera salib membunuh ramai umat Islam.
Setelah menambah kekuatan mereka, tentera salib bergerak ke matlamat utama mereka iaitu kota Baitulmuqaddis. Dengan bantuan pasukan tambahan dari Eropah, tentara salib menguasai daerah pesisir pantai Syria dan meluaskan pengaruh mereka di Mediteranian Timur. Pergerakan mereka tidak disekat sehingga Baitulmuqaddis jatuh ke tangan kaum Frank tanpa perlawanan pada hari Jumaat, 5 Julai 1099. Salah seorang pimpinan mereka, Godfrey the Bouillon, diangkat sebagai penguasa Baitulmuqaddis. Perpecahan umat Islam yang terjadi pada masa itu adalah penyebab utama kejatuhan Baitulmuqaddis. Jatuhnya ibu kota ini ke tangan kaum Frank menandakan berakhirnya Perang Salib Pertama.
Perang Salib Kedua (1145-1149)
Setelah kejatuhan Jeruselam ke tangan kaum Frank, mereka melakukan serangan ke daerah sekitar untuk memperluas kekuasaan mereka. Karena faktor geografi, daerah-daerah pantai Syria yang terbentang menghadap ke barat, berhasil dikuasai tentera salib. Tentera salib juga menakluk Tripoli. Jatuhnya Tripli ke tangan tentera salib menandakan berakhirnya perluasan kaum Frank untuk memperluas Negara Salib. Serangan tentera salib selanjutnya ke atas Aleppo dan Damsyik banyak menemui kegagalan kerana mendapat tentangan keras dari pasukan setempat. Di dua kota inilah semangat jihad umat Islam yang hilang di tahun-tahun sebelumnya akibat perpecahan agama, bangkit kembali.
Para ulama memainkan peranan yang sangat penting disebalik kebangkitan semangat jihad umat Islam. Al-Sulami, seorang ulama sufi dari Masjid Umayyah, Damsyik, adalah ulama yang melopori dakwah bertemakan jihad dari mimbar masjid. Menurut al-Sulami, kekalahan yang diderita umat Islam dari perang melawan tentera salib disebabkan hukuman dari Allah SWT karena umat Islam mengabaikan kewajiban-kewajiban agama, khususnya jihad di jalan Allah. Al-Sulami berpendapat jika umat Islam menjalankan kewajiban-kewajibannya sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah SWT, maka umat Islam akan mencintai agamanya dan akan berjuang sekuat tenaga demi agama. Langkah al-Sulami ini diikuti oleh ramai ulama di Suriah yang banyak melahirkan kelompok mujahidin.
Zengi, penguasa Turki dari Mosul, merupakan pemimpin yang pertama dalam sejarah, setelah ekspansi tentera salib semasa Perang Salib Pertama, yang memimpin para mujahidin Islam. Dengan bantuan seorang ulama, Ibn al-Khasysyab, meraka membawa umat Islam ke arah kemenangan menentang tentera salib dalam Pertempuran Ladang Darah di Balath. Kemenangan ini membawa impak yang besar kepada psikologi umat Islam dan menghapus tanggapan mereka tentang kekuatan tentera salib.
Kemenangan Zengi pada tahun 1144 mengukuhkan rasa percaya diri mereka. Kemampuan pasukan Zengi merebut Edessa sangat berharga kerana Edessa merupakan kota Negara Salib pertama yang berhasil direbut oleh umat Islam. Walaupun dua tahun kemudian Zengi tewas akibat dibunuh, Zengi tetap seorang pahlawan bagi umat Islam yang membakar semangat jihad mereka. Semangat jihad diteruskan oleh Nuruddin, tokoh utama Islam semasa Perang Salib Kedua yang juga putera kepada Zengi.
Kejatuhan Jerusalem (1187)
Nuruddin memimpin Edessa dan Aleppo, daerah kekuasaan yang diwarisi dari ayahnya, dan memperluas daerahnya dengan mengalahkan tentera salib di Inap di bulan Julai 1149. Tahun 1154, Nuruddin telah berhasil menyatukan Syria. Tahun 1163, Amalric naik tahta menjadi pemimpin tentera salib yang baru. Semasa inilah cabaran Nuruddin bermula.
Amalric melihat peluang besar untuk menguasai Mesir dari penguasaan Fatimiyyah yang lemah akibat kematian menteri mereka. Nuruddin, selain memerangi kaum Frank, juga melakukan campur tangan masalah dalaman mereka. Usaha Nuruddin berhasil karena Syawar, menteri Fatimiyyah, memohon pertolongan Nuruddin untuk menggulingkan musuh politiknya, Dirgham, yang menggulingkannya melalui bantuan kaum Frank. Nuruddin mengirim pasukannya di bawah Syirkuh yang merupakan paman kepada Salahuddin Al-Ayubbi untuk mengembalikan kekuasaan Syawar di Kaherah. Pertempuran di Kaherah akhirnya dimenangi dan Syawar menjadi menteri Fatimiyah.
Operasi ketenteraan kedua dibiayai terus oleh Nuruddin dan memperoleh kemenangan kecil pada tahun 1168. Kaum Frank kembali ingin menguasai Kaherah pada tahun yang sama. Ini memaksa Syawar kembali meminta bantuan Nuruddin. Nuruddin kembali memberi kepercayaan kepada Syirkuh untuk memimpin pasukan Islam melawan kaum Frank. Dalam pertempuran ketiga ini, Syirkuh tewas pada tahun 1169 dan digantikan oleh Salahudin. Pasukan Islam memperoleh kemenangan atas kaum Frank.
Salahudin mengusir kaum Frank dari tanah Mesir menjadikan khalifah Fatimiyah menaruh Salahudin untuk memerintah Kaherah. Karier Salahudin semakin naik dengan terpilihnya ia sebagai menteri di bawah khalifah al-Adid. Apabila khalifah al-Adid wafat, Salahudin mengambil langkah penting, iaitu menghancurkan Dinasti Fatimiyah dan mengembalikan Mesir di bawah kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad. Operasi ketenteraan Salahudin ini masih di atas nama Nuruddin. Ketaatan Salahudin kepada Nuruddin berakhir pada tahun 1172 karena Salahudin menganggap Nuruddin tidak memimpin umat Islam. Perseteruan bagaimanapun tidak terjadi karena Nuruddin wafat pada tahun 1174. Kematian Nuruddin ini mengelakkan perseteruan anatara Islam. Jika Nuruddin masih hidup, Islam mungkin terpecah menjadi dua, antara pendukung Nuruddin dan Salahudin.
Salahudin mengisytiharkan dirinya sebagai pengganti Nuruddin, walaupun ditentang oleh keluarga Nuruddin. Salahudin menunjukkan kredibilitinya dengan memerangi kelompok-kelompok Islam penentangnya. Dengan jatuhnya Aleppo tahun 1183, Salahudin telah menyatukan Mesir dan Syria dibawah satu komando. Salahudin pun mengalihkan perhatiannya ke musuh utama umat Islam sebenarnya, yaitu tentera salib.
Salahudin dan Raja Baldwin IV, penguasa Jerusalem mengadakan perjanjian damai. Semasa damai ini, kehidupan di Mediterania Timur kembali berjalan normal. Perjanjian antara kedua raja ini retak akibat hasutan Reynald the Chatillon, salah seorang pembesar kaum Frank yang sangat membenci Islam. Tindakan Reyald the Chatillon membuat umat Islam marah. Bahkan di mata umat Islam, Reynald the Chatillon dianggap pembesar kaum Frank terburuk. Tindakan Reynald yang mengundang kemarahan umat Islam adalah seperti keinginan Reynald menghancurkan kota-kota suci umat Islam, Mekkah dan Madinah serta tindakannya menyerang kafilah-kafilah Islam sewaktu perjanjian damai.
Salahudin mengirim pasukan Islam untuk menyerang kaum Frank ke Kerak, tempat Reynald tinggal. Balwin juga mengirim pasukannya ke Kerak setelah mendengar Salahudin hendak menyerang salah satu wilayahnya. Peperangan ini berhenti dengan perjanjian damai dan jaminan Reynald akan dihukum sendiri oleh tangan kaum Frank.
Setahun kemudian, Salahudin sakit dalam waktu yang sangat lama. Setahun kemudian, Baldwin IV meninggal dunia dan digantikan oleh Guy the Lusigna. Dengan Guy, yang merupakan teman rapat Reynald the Chatillon, maka perjanjian antara Islam dengan kaum Frank telah berakhir.
Salahudin, yang telah sembuh, segera menngumpulkan pasukan-pasukan umat Islam untuk berperang melawan tentera salib. Guy juga segera mengumpulkan pasukan untuk menyerang Islam. Berlakulah Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.
Perang Salib Ketiga (1187–1192)
Pada tahun 1187, Salahuddin menawan semula Jerusalem. Paus Gregory VIII membuat seruan Perang Salib yang diketuai beberapa pemimpin utama Eropah: Philip II dari Perancis, Richard I dari England dan Frederick I, dan Maharaja Rom Suci. Frederick meningal dunia kerana lemas di Cilicia pada tahun 1190, dan meninggalkan persekutuan yang tidak stabil antara kuasa England dan Perancis. Philip pula pulang pada tahun 1191 setelah tentera salib merampas Acre dari tangan orang Islam. Pasukan tentera salib menuju ke pantai Laut Mediterranean. Mereka menewaskan orang Islam berdekatan Arsuf dan dapat melihat Jerusalem. Bagaimanapun, tentera salib tidak kekal bertapak di kawasan tempatan disebabkan bekalan makanan dan air yang kurang, ini mengakibatkan kejayaan kosong. Richard pulang pada tahun berikutnya setelah menandatangani genjatan senjata dengan Salahuddin. Dalam perjalanan pulang, kapal Richard pecah dan mendarat di Austria. Di Austria, musuhnya, Duke Leopold menangkap dan memberinya kepada anak Frederick, Henry VI. Richard ditahan untuk mendapatkan wang tebusan raja. Pada tahun 1197, Henry sendiri berasa bahawa dia bersedia untuk Perang Salib, tetapi dia mati pada tahun yang sama akibat demam malaria.
Perang Salib Keempat (1202–1204)
Jerusalem kembali ke tangan orang Islam sedekad yang lalu. Perang Salib Keempat dilancarkan oleh Paus Innocent III pada tahun 1202 dengan niat mahu menakluki Tanah Suci menerusi Mesir. Orang Venice yang diketuai Doge Enrico Dandolo, diberi kepercayaan untuk mengemudi perang Salib ini dan menghalakannya, pertama ke sebuah bandar Kristian Zara, kemudian ke Constantinople. Di situ mereka cuba meletakkan seorang buangan Byzantine di atas takhta. Berikutan satu siri salah faham dan ledakan keganasan, bandar tersebut dijajah pada tahun 1204.
Perang Salib Albigensian
Perang Salib Albigensian dilancarkan pada tahun 1209 untuk menghapuskan kumpulan sesat yang dipanggil Cathar di selatan Perancis. Perang ini adalah pertarungan yang berdekad-dekad lamanya yang banyak dihabiskan dengan keinginan kawasan utara Perancis untuk meluaskan cengkamannya ke arah selatan sebagaimana yang dilakukan terhadap kumpulan sesat itu. Kesudahannya, kumpulan Cathar dan kemerdekaan kawasan selatan Perancis lenyap.
Perang Salib Kanak-Kanak
Perang Salib Kanak-Kanak adalah Perang Salib rekaan atau yang disalah ertikan, yang berlaku pada tahun 1212. Ceritanya berkisar mengenai letusan semangat lama popular yang membawa kepada perhimpunan kanak-kanak di Perancis dan Jerman. Paus Innocent III menterjemah perhimpunan ini sebagai celaan dari langit terhadap golongan dewasa mereka yang tidak layak. Tiada seorang pun daripada kanak-kanak itu sampai ke Tanah Suci sebenarnya; samada mereka semua dijual sebagai hamba, menetap di sepanjang laluan ke Jerusalem, atau mati kebuluran semasa dalam perjalanan.
Perang Salib Kelima (1217–1221)
Dengan memperalatkan perarakan, doa dan syarahan, pihak Gereja cuba membentuk satu lagi Perang Salib. Persidangan Lateran Keempat (1215) telah merumuskan sebuah rancangan untuk merampas kembali Tanah Suci. Pasukan tentera salib dari Hungary, Austria, dan Bavaria mencapai kejayaan luar biasa dengan penaklukan Damietta di Mesir pada tahun 1219. Tetapi atas desakan segera dari duta Paus, Pelagius, mereka meneruskan serangan berani ke atas Kaherah, tetapi banjir Sungai Nil memaksa mereka memilih samada menyerah kalah atau kemusnahan.
Perang Salib Keenam (1228–1229)
Pada tahun 1228, Maharaja Frederick II belayar dari Brindisi menuju ke Syria walaupun menerima penyingkiran oleh Paus (papal excommunication). Melalui saluran diplomasi dia mencapai kejayaan yang tidak dijangkakan apabila Baitulmaqdis, Nazareth dan Baitul Laham akan diserahkan kepada tentera salib untuk tempoh selama 10 tahun.
Perang Salib Ketujuh (1248–1254)
Minat pihak Paus yang ditunjukkan oleh Kesatria Templar mengundang konflik dengan Mesir pada tahun 1243, dalam tahun berikutnya sebuah pasukan tentera Khwarezmi yang dipanggil oleh Mesir menyerbu ke Baitul Maqdis. Walaupun ini tidak menimbulkan sebarang kekejutan meluas di Eropah sebagaimana berlakunya kejatuhan Baitul Maqdis pada tahun 1187, Louis IX mengatur Perang Salib menentang Mesir dari tahun 1248 hingga 1254, dia bertolak dari pelabuhan Aigues-Mortes yang baru dibina di selatan Perancis. Ia adalah satu kegagalan dan Louis menghabiskan hidupnya di istana kerajaan tentera salib di Acre. Di tengah-tengah perang Salib ini, berlaku Perang Salib Pengembala Biri-Biri pertama pada tahun 1251.
Perang Salib Kelapan 1270
Perang Salib Kelapan dicetuskan oleh Louis IX pada tahun 1270, sekali lagi belayar dari Aigues-Mortes, bertujuan pada mulanya untuk menolong saki-baki negeri-negeri tentera Salib di Syria. Bagaimana pun, perang Salib ini dihalakan ke Tunis. Di situ Louis menghabiskan sisa hayatnya selama hanya dua bulan sebelum meninggal dunia. Perang Salib Kelapan kadang-kala dikira sebagai Perang Salib Ketujuh, jika Perang Salib Kelima dan Keenam dikira sebagai satu Perang Salib tunggal. Perang Salib Kesembilan juga kadang-kala dikira sebagai sebahagian daripada Perang Salib Kelapan.
Perang Salib Kesembilan (1271–1272)
Raja Edward I dari England menjalankan satu lagi ekspedisi pada tahun 1271, setelah menemani Louis dalam Perang Salib Kelapan. Dia hanya mencapai sedikit kejayaan di Syria dan menarik diri berikutan satu gencatan senjata pada tahun berikutnya. Dengan kejatuhan Antioch (1268), Tripoli (1289) dan Acre (1291), kesan-kesan terakhir pemerintahan Kristian di Syria lenyap.
Perang Salib di Baltik dan Eropah Tengah
Perang Salib di kawasan Laut Baltik dan Eropah Tengah adalah usaha-usaha orang Kristian (kebanyakannya berbangsa Jerman) untuk menakluki dan membawa penduduk di kawasan ini ke dalam agama Kristian. Perang Salib ini bermula dari kurun ke-12, sewaktu dengan Perang Salib Kedua, hingga kurun ke-16.
Antara tahun 1232 dan 1234, tercetus perang Salib terhadap penduduk Stedingen. Perang Salib ini adalah istimewa, kerana penduduk Stedingen bukanlah orang kafir atau sesat (dalam agama Kristian), tetapi adalah rakan semazhab (Gereja Katolik Rom). Mereka adalah petani-petani bebas Frisia yang marah dengan cubaan pembesar Oldenburg dan ketua biskop Bremen-Hamburg yang mahu menamatkan kebebasan mereka. Ketua biskop itu menyingkirkan mereka dan Paus mengisytiharkan Perang Salib pada tahun 1232. Penduduk Stedingen ditewaskan pada tahun 1234.
Tinggalan Perang Salib
Perang Salib telah meninggalkan kesan-kesan sejarah yang mendalam dan berkekalan.
Eropah
Perang Salib telah memberikan pengaruh yang sangat besar ke atas Zaman Pertengahan Eropah. Pada ketika sebahagian besar benua tersebut disatukan di bawah Paus yang begitu berkuasa, tetapi pada kurun ke-14 konsep lama mengenai Dunia Kristian menjadi pecah, dan kemajuan birokrasi berpusat (pembentukan negara bangsa moden) sedang rancak berjalan di Perancis, England, Burgundy, Portugal, dan sebahagian Castile serta Aragon kerana penguasaan gereja pada permulaan era Perang Salib. Walaupun Eropah terdedah kepada kebudayaan Islam buat beberapa kurun menerusi perhubungan di Semenanjung Iberia dan Sicily, banyak pemikiran Islam seperti sains, perubatan dan senibina telah dipindahkan ke Barat semasa Perang Salib. Pengalaman ketenteraan dari Perang Salib juga memberi kesan ke atas Eropah; sebagai contoh, kubu-kubu Eropah mula memiliki struktur batu yang besar sebagaimana yang terdapat di Timur, berbanding bangunan kayu yang kecil sebagaimana yang biasa wujud pada masa lalu. Keperluan untuk membina, mengangkut dan membekalkan pasukan tentera yang besar membawa kepada perdagangan yang rancak di segenap Eropah. Kebanyakan jalan-jalan kurang digunakan sejak zaman Empayar Rom menyaksikan pertambahan trafik dengan pedagang-pedagang tempatan mula meluaskan ruang lingkup mereka. Ini bukan hanya disebabkan Perang Salib tetapi juga kerana ramai orang 'mahu' mengembara setelah bertemu dengan hasil keluaran Timur Tengah. Ini juga membantu permulaan Renaissance di Itali, kerana pelbagai negara kota di Itali sejak dari mula lagi mempunyai koloni-koloni perdagangan yang penting dan lumayan di negeri-negeri tentera salib, samada di Tanah Suci mahupun di wilayah Empayar Byzantine yang ditawan kemudiannya. Di sebalik kekalahan di Timur Tengah, tentera salib memperoleh kembali Semenanjung Iberia dan melambatkan perluasan ketenteraan Islam.
Dunia Islam
Perang Salib telah memberi kesan mendalam terhadap Dunia Islam dengan perkataan "Frank" dan "tentera salib" kekal setara dengan ungkapan yang mewakili penghinaan. Orang Islam secara tradisi menyanjung Salahuddin, pahlawan Kurdis sebagai hero menentang tentera salib. Pada kurun ke-21 ini, sesetengah orang di Dunia Arab seperti pergerakan kemerdekaan Arab dan gerakan Pan-Islam mennggelar campur tangan pihak Barat dalam hal-ehwal Timur Tengah sebagai "Perang Salib". Perang Salib dianggap oleh Dunia Islam sebagai serangan hebat yang kejam dan dahsyat oleh orang Kristian Eropah.
Masyarakat Yahudi
Rencana utama: Sejarah orang Yahudi dan Perang Salib
Kekejaman tentera salib terhadap orang Yahudi di bandar-bandar Jerman dan Hungary, juga kemudiannya di Perancis dan England, dan dalam pembunuhan golongan yang tidak bersenjata beramai-ramai dengan kejam di Palestin dan Syria menjadi bahagian bermakna dalam sejarah anti-Semitisme, walaupun tiada Perang Salib yang dilancarkan terhadap orang Yahudi. Serangan-serangan ini meninggalkan perasaan yang kuat di kedua-dua belah pihak. Kedudukan sosial orang Yahudi di Eropah Barat semakin memburuk, dan sekatan undang-undang bertambah semasa dan selepas Perang Salib. Mereka menyediakan jalan kepada undang-undang anti-Yahudi oleh Paus Innocent III dan menjadi titik peralihan kepada anti-Semitisme Zaman Pertengahan.
Tempoh Perang Salib diceritakan dalam banyak riwayat dari sumber-sumber Yahudi. Antara riwayat Yahudi yang diketahui ramai ialah babad-babad oleh Solomon Bar Simson dan Rabbi Eliezer bar Nathan, Riwayat Penganiayaan Lama (The Narrative of the Old Persecutions) oleh Mainz Anonymous, dan Sefer Zekhirah (Buku Peringatan) oleh Rabbi Ephraim dari Bonn.
Caucasus
Di pergunungan Caucasus dalam negara Georgia, dalam kawasan tanah tinggi terasing yang disebut Khevsureti, sebuah kabilah yang dipanggil orang Khevsur diandaikan berkemungkinan keturunan langsung bagi sekumpulan tentera salib yang terpisah dari pasukan yang lebih besar dan kekal dalam pengasingan dengan beberapa budaya tentera salib terpelihara. Tinggalan perisai, senjata dan baju besi masih lagi digunakan dan diwarisi turun temurun dalam masyarakat tersebut hatta sehingga kurun ke-20. Anggota tentera dan ahli etnografi Rusia, Arnold Zisserman yang menghabiskan masa selama 25 tahun (1842-67) di Caucasus, percaya bahawa kumpulan luar biasa penduduk tanah tinggi Georgia tersebut adalah keturunan tentera salib terakhir berdasarkan adat resam, bahasa, dan kesenian mereka. Pengembara Amerika, Richard Halliburton (1900-1939) menyaksi dan mencatatkan adat resam kabilah tersebut dalam tahun 1935.
Penggunaan istilah "Perang Salib"
Perang Salib tidak pernah digunakan oleh orang-orang yang terlibat dalam perang tersebut. Tentera Salib yang asal dikenali dengan pelbagai istilah termasuklah fideles Sancti Petri (orang yang beriman dengan St. Peter) atau milites Christi (tentera al-Masih). Mereka melihat diri mereka sebagai membuat iter (perjalanan), atau peregrinatio (haji), walaupun jemaah haji selalunya dilarang membawa senjata. Seperti jemaah haji, setiap tentera Salib bersumpah mengangkat sumpah yang akan dipenuhi untuk berjaya sampai ke Baitul Maqdis, dan mereka diberikan salib kain yang dijahit pada pakaian mereka. Perbuatan "mengambil salib" (crux) ini akhirnya dikaitkan dengan keseluruhan perjalanan itu; perkataan "crusade" (masuk ke dalam bahasa Inggeris dari perkataan Perancis croisade, bahasa Itali crociata atau bahasa Portugis cruzada) terbina dari sini.
Sejak kurun ke-17, istilah "perang Salib" telah membawa satu konotasi dalam Dunia Barat iaitu satu kempen yang wajar, pada kebiasaannya untuk "membanteras kejahatan", atau berperang untuk alasan yang wajar. Dalam penggunaan umum atau keagamaan bukan sejarah, "perang Salib" mempunyai makna yang lebih tegas dan keagamaan — sebahagian besarnya dibuang dari 'perjuangan bersenjata'.
Dalam makna yang lebih luas, "perang Salib" dapat digunakan, selalunya dalam makna bersifat retorik dan metafora, untuk mewajarkan sebarang perang yang mendapat justifikasi agama.
Aktivis-aktivis fanatik juga merujuk alasan mereka sebagai "perang Salib", sebagaimana dalam "Perang Salib terhadap Buta Huruf Orang Dewasa", atau "Perang Salib terhadap Pembuangan Sampah". Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bagaimana pun, penggunaan "perang Salib" sebagai istilah positif telah menjadi kurang untuk mengelak daripada menyinggung perasaan orang Islam atau sesiapa sahaja yang terasa tersinggung hati dengan istilah tersebut. Istilah ini juga mencorakkan kefanatikan pendukung agenda, contohnya kempen-kempen "Perang Salib buat hak wanita untuk memilih" dan "Perang Salib untuk bersembahyang di sekolah awam".
Reputasi popular
Di Eropah Barat, secara tradisi Perang Salib dipandang tinggi oleh orang awam sebagai kisah pengembaraan keperwiraan, walaupun semangat tinggi orang biasa sebahagian besarnya habis dalam Perang Salib Pertama yang menyaksikan ramai golongan kelas ini tidak dapat kembali dengan selamat. Kini, pihak musuh, orang Saracen dibentuk dalam hanya seorang tokoh, Salahuddin; musuh beliau, Richard the Lionheart, dalam dunia yang berbahasa Inggeris, adalah raja tentera Salib yang unggul, sementara Frederick Barbarossa dan Louis IX memenuhi kedudukan yang sama dalam budaya Jerman dan Perancis. Hatta di kawasan yang sezaman, perang Salib dan pemimpin mereka telah diolah secara romantik dalam kesusateraan popular;Chanson d'Antioche adalah sebuah chanson de geste yang menyentuh Perang Salib Pertama, dan Lagu Roland (Song of Roland) yang menyentuh era Charlemagne dipengaruhi secara terus oleh pengalaman perang Salib, pergi begitu jauh sehingga menggantikan penentang Charlemagne, orang Basque dengan orang Islam. Satu tema popular bagi troubador ialah kesatria memenangi hati wanitanya dengan pergi menyertai perang Salib di Timur.
Pada kurun ke-14, Godfrey of Bouillon disatukan dengan Perang Trojan dan kisah pengembaraan Iskandar Agung (Alexander the Great) terhadap latar belakang bagi keberanian Nine Worthies yang berdiri sebagai hero budaya sekular yang popular ke dalam kurun ke-16, apabila citasara kesusasteraan yang lebih kritikal beralih kepada Torquato Tasso dan Rinaldo dan Armida, Roger dan Angelica. Kemudiannya kemunculan makna sejarah yang lebih sahih di kalangan golongan berpendidikan membawa Perang Salib ke dalam satu fokus baru bagi penjanaan romantik dalam roman Sir Walter Scott pada awal kurun ke-19. Malah gambaran perang Salib dapat dijumpai dalam Perang Crimea yang United Kingdom dan Perancis bersekutu Empayar Turki Uthmaniyyah, dan dalam Perang Dunia Pertama, terutamanya penawanan Baitul Maqdis oleh Edmund Henry Hynman Allenby pada tahun 1917.
Di Sepanyol, reputasi popular mengenai Perang Salib disinari dengan sejarah Reconquista Sepanyol. El Cid adalah tokoh utama.
Dunia Kristian Ortodoks Timur
Sama seperti orang Islam, penganut Kristian Ortodoks Timur juga melihat Perang Salib sebagai serangan oleh orang gasar Barat, tetapi tertumpu kepada Penjarahan Constantinople dalam tahun 1204. Banyak relik dan artifak yang diambil dari Constantinople masih lagi berada dalam tangan orang Katolik Rom, di dalam Vatican dan tempat lain. Perselisihan faham yang wujud sekarang antara orang Turki dan orang Yunani mengenai hak tuntutan ke atas Kuda-Kuda Yunani di atas muka bangunan Basilika St. Mark di Venice. Orang Yunani berhujah bahawa friz tersebut adalah sememangnya sebahagian daripada warisan budaya dan identiti Yunani, sama dengan Marmar Elgin, dan orang Turki membalas bahawa friz itu berasal dari tempat yang disebut Istanbul hari ini. Sebuah gambar sejarah Perang Salib Turki yang popular dapat dihimpunkan dengan menyusun teks risalah rasmi Turki mengenai kubu-kubu tentera Salib di pantai dan kepulauan pantai Laut Aegean. Negara-negara Eropah Tengah, di sebalik fakta bahawa mereka secara formal tergolong dalam agama Kristian Barat, adalah yang paling mencurigai idea Perang Salib. Banyak bandar di Hungary telah dijarah oleh kumpulan-kumpulan tentera Salib yang melaluinya; seorang pemerintah Poland enggan menyertai satu perang Salib, kononnya disebabkan kekurangan bir di Tanah Suci. Kemudiannya, Poland dan Hungary sendiri menjadi sasaran penaklukan oleh tentera Salib, dan oleh kerana itu memperjuangkan tanggapan bahawa orang pagan mempunyai hak untuk hidup dengan aman dan mempunyai hak memiliki tanah-tanah mereka (lihat Pawel Wlodkowic).
Dilema Seorang Suami Memartabatkan Institusi Kekeluargaan
Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan. Kemesraan dan kesefahaman antara suami isteri, membuahkan kerinduan yang mendalam. Jika kebahagiaan itu diganggu dengan duri-duri kehidupan yang menggores jiwa dan perasaan, secara perlahan kemesraan rumahtangga tersebut menjadi terhakis. Untuk menetapkan kebahagiaan rumahtangga dari hakisan, hindarilah sesuatu yang dapat menimbulkan kebimbangan dan keraguan dalam jiwa. Untuk itu pihak Darul Nu'man tertarik untuk menyampaikan mesej ini sebagai renungan ummah. Kemusykilan yang kami paparkan ini merupakan pertanyaan yang dilontarkan kepada pihak kami dalam internet. Kemudian panel kami menjawabnya dengan menggunakan pendekatan agama dan psikologi. Dari jawapan itu kami merasa tertarik untuk menyampaikan perkara ini kepada kita semua.
Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Daripada,
Keluarga Muslim K. L.
Jawapan & Penjelasan:
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.
Syariat & Darurat
Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.
Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.
Pemeriksaan Bulanan
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.
Aspek Psikologi
Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka
menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.
Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.
Menggerakkan Nafsu Syahwat
Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Keretakan Rumahtangga
Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.
Wanita yang menolak perkahwinan
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.
Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.
Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.
Nilai Tudung Wanita
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, ‘up-to-date’, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah ejen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui ‘Islam is really beautiful’. Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Sebalang botol mayonis dan dua cawan kopi
Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "Ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang baling tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada baling tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "Ya..."
Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada baling tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir.
"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.
"Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda... Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah
atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."
"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..."
"... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti
kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda."
"Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula
yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..." Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "
Rahsia Kelahiran dan Bulan Mei
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
Fadhilat Membaca Bismillah
Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.