Monday, December 6, 2010

KL International Motor Show 2010

KLIMS'10

Aku memang minat dengan kereta, nak nak lagi dengan kereta kebanggaan aku, Proton Satria Neo. Yup, aku dah pun memiliki satu, BLACK KNIGHT.

Dah dah, aku nk cerita pasal KLIMS'10 pulak...

KLIMS'10 merupakan motor show yang pertama aku pergi... selama nie, cuma tengok kat paper, tak pun kat magazine... kali nie, aku dapat rasa keghairahan menyaksikan kereta2 yang boleh dikatakan belum termampu aku nak beli...

Gambar banyak boleh dilihat di sini

Dalam post nie cuma 10 keping jer...













Saturday, November 6, 2010

Zoo Negara

06 November 2010 - Sabtu

Aku datang KL semata-mata nak amik exam pada pagi Isnin, 8 Nov, padahal aku boleh ajer minta transfer exam centre ke JB... tapi, dalam masa yang sama, aku nak habiskan masa aku dengan orang yang aku sayang... hehehe... sambil menyelam, minum air bak kata pepatah la kan...

Tup tap tup tap, aku pun teringin nak ke Zoo Negara... Hampir 25 tahun aku hidup, tak pernah aku ke Zoo Negara... Plan punya plan, aku pun pergi la ke Zoo Negara dengan GF aku dan 3 lagi sahabat aku...


me & my other half

Sampai sane, macam orang tak pernah masuk Zoo Negara (padahal memang 1st time aku datang Zoo Negara). Ape lagi, macam2 pe'el la kitorang buat...

Perkara yang betol2 tak boleh blah, panggil memerang, "memevang"... tapi, amat mendukacitakan sebab "memevang" tak memunculkan diri... huhuhu... kecewa la kejap, kan...

Tapi, kitorang betol2 enjoy that day... walaupun final exam just a day after tomorrow...


besh... besh...


sape la mamat nie... asik dgn phone jer...


me & jaja

Saturday, January 16, 2010

BUM vs Casio vs Seiko

15 Jan, 2010

Lagi 5 hari, aku akan menyambut ulang tahun yang ke-24... Teringin la pulak nak pakai jam automatik (means tak pakai bateri la)... Kebetulan Mak ajak aku pergi Plaza Angsana. Ape lagi, boley la usha jam2 yang menarik kat sana...

Sampai2 jer, aku pun mengular la kat kedai jam... usha punya usha, jam yang aku target Casio EDIFICE, sebab harga pun lebih kurang bajet aku (RM 2++ jer)... Lagipun, aku tak pernah pakai Casio... menarik...

Jam yang paling lama aku pernah pakai pun hadiah pemberian Abah sebab cemerlang PMR. That was how many years ago ek? Nearly 9 years. Brand? Hehehe, BUM Equipment Junior jer... At that time, the price was RM 1++, tapi dapat discount, jadila RM 99... Berbaloi la gak beli mahal2, sebab tahan lama... Pasal tali dia, tak yah cakap la, hampir setiap tahun tukar sebab semi-leather kot mane tahan. Nak nak orang macam aku, tak pandai sangat nak appreciate barang...

Sambung balik pasal jam Casio nie... Tetiba, Mak pulak muncul entah dari mana... Dia cakap "Kau nak beli jam ker?"

Aku dengan loyar buruk jawab, "Tak la Mak, nak beli baju."

Padahal aku dekat kedai jam kot... "Kalau kau nak beli jam, baik beli yang ada brand. Boleh tahan sampai 10-20 tahun..."

Pergh... Dia cakap macam la aku ade duit banyak nak beli jam yang boleh tahan sampai 10-20 tahun...

Tengah aku nak cuba, try, test jam yang aku minat tue, boleh pulak dia tengak jam Seiko... Bukan aku tak tau ja Seiko paling murah pn RM 5++... One third gaji aku kot... Agak2 la Mak oi...

Entah cam mane, ade pulak yang menarik perhatian dia. Harga? RM 660... Mak aih, simple tapi mahal giler... Mau tak mahal, Seiko 5 Sports kot... Dah die suruh try pulak... Aku pun ikut jela, nak sedapkan hati Mak la katakan...

Mak pun cakap, "Cantik Mir, kau nak ker?"

Aku pandang Mak, Mak pandang aku, "Mak dah tengok harga dia?"

"Mak boleh top-upkan kalau kau nak."

Biar betul Mak aku nie... "Suka hati Mak la..."

Mak pun nego la dengan tauke kedai... Tawar punya tawar, tau dapat berapa less? 33% tue... Dari selling price RM 660, Mak aku dapat tawar jadi RM 440...

Aku dengan senyum lebar kate "OK Mak."

Terbang la duit aku... Konon2 birthday gift aku sendiri... Ade ke patut birthday gift beli sendiri??? Nak buat cam mane, aku jenis tak suka minta2... Kalau aku nak, aku usaha sendiri... Biar berbaloi...

At the end of the day, Mak tak top-upkan pun... Biar la, aku yang nak pakai, relax sudey...

Nak tengok jam ape yang aku beli? Tengok la kat bawah puas2... Hehehe...


Seiko 5 Sports

Certificate Of Guarantee

p/s: confirm aku pakai sampai bertahun-tahun... hehehe...