Monday, March 21, 2011

Arab's Clan Wedding... 18 March 2011

Chait, baru aku teringat, petang nie ade function depan rumah aku... Mane mau parking ek? Dahla balik lambat sebab beli tiket bas, pastue, patah balik g McD UTM semata-mata nak tengok Zarifah Sofea... Hehehe... Jahat gak aku nie sebab nak kacau daun...

Nak xnak, kena la aku detour sikit... Nasib baik la ade port baik, xla aku kena menapak jauh nak ke rumah...

Ingat malam nie nak relax jer kt rumah... Tup tap tup tap, "AMIRRR!!!, Cepat siap, kita g rumah depan..."

Alamak, kena pergi ke? Kang xpergi, orang kata sombong la pulak... Lagipun, memang perut tengah berkeroncong... Ape lagi, sepantas kilat la aku bersiap...

Turun2 bawah jer, cheh, diorang belom siap lagi

Fuh, mesti ade zapin dan samrah nie...

Malas nak panjangkan cerita, tengok jela video yang aku post nie... sorry la kalau tak clear, sound lak pecah... huhuhu...


Tuesday, March 15, 2011

My Black Knight Photos...


Seperti yang dijanjikan, aku post la sikit gambar2 kereta aku yang xseberapa nie... Nak bikin lebih, tak la aku mampu... Setakat touch up sikit2 jer...















Bile dah xde keje, masuk ladang sawit semata-mata nk tengok kereta kotor dek tanah merah...


Android!

Haish... asyik pasal kereta jer... Kali nie aku nak post pasal 'handphone' pulak...

Dulu aku memang minat dengan NOKIA. Tapi, sejak semakin 'smart', aku pun beralih ke SONY ERICSSON... Nak kata SE tue bagus, lebih kurang sama je dengan Nokia...

Dah jemu dengan SE, tetibe nak cube benda yang 'rare' sikit... Mula la aku survey 'handphone'yang pakai platform ANDROID...

Cari punya cari, nie jela yang aku mampu pakai... HTC WILDFIRE...



Ade 3 warna, tapi aku pilih putih sebab dah muak dengan warna hitam...


'Specs' HTC WILDFIRE nie....

General & Hardware
Date Announced2010, 2Q
Network TechnologyGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
HSDPA 900 / 2100
Hardware/ProcessorQualcomm MSM 7225 528 MHz processor
Dimensions (mm)106.8 x 60.4 x 12 mm
Weight (g)118
Available coloursBlack, Brown, White, Red
Screen Size240 x 320 pixels, 3.2 inches
Screen ColorTFT, 16M colors
TypeCandybar
Navigation KeyTouch Screen, Multi-touch input method
Other KeysOptical trackpad,
AntennaFixed Internal
PhonebookUnlimited entries of phonebook, call records
Internal(MB)384 MB RAM; 512 MB ROM
Memory SlotmicroSD, up to 32GB
Battery TypeStandard battery, Li-Ion 1300 mAh
Stand-by (hrs)480 h (2G) / 690 h (3G)
TalkTime(min)440 min (2G) /490 min (3G)
Entertainment
Polyphonic
MP3Yes
FM RadioYes
TV ReceiverTV out
Video RecordYes, with face detection continious tracking
Video SupportMP4/H.263/H.264/WMV9 player
Audio SupportMP3/AAC+/WAV/WMA9 player
3.5mm audio Jack
Voice SupportVoice memo
GamesYes
Messaging
SMSYes
MMSYes
EMSNo
EmailYes, Push Email
Connectivity
HSDPAYes, 7.2 Mbps
WIFI/WLANYes, Wi-Fi 802.11 b/g
3GYes
EDGEClass 10, 236.8 kbps
GPRSClass 10 (4+1/3+2 slots)
BluetoothYes v2.1 + EDR with A2DP (A2DP)
USB PortYes
Infrared (IrDA)No
Data CablemicroUSB v2.0
Software
Platform / OSAndroid OS, v2.1 (Eclair)
Java (J2ME)Yes ,Via third party application
WAPYes Ver 2.0
BrowserHTML
Predictive Text EntryT9
PIM ApplicationOrganizer, Document viewer
Other ApplicationA-GPS support, Stereo FM radio with RDS, Accelerometer sensor for UI auto-rotate, Touch-sensitive controls, Proximity sensor for auto turn-off, HTC Sense UI , Turn-to-mute, lift-to-dim-out a call
Personals
ThemesYes
Caller IDPhotocall
ProfileIDYes
Camera Specifications
Lens TypeCMOS, 5.0 Megapixel
Digital zoom
Max. Resolution2592 x 1944
FlashYes
Night ModeYes
Extra Featuresauto focus, Geo-tagging, smile detection
Photo Format
VideoYes, with face detection continious tracking
Video Format


~courtesy www.mobile88.com~

Monday, March 14, 2011

Black Knight

Jom sambung blogging... kali ni juz cite pasal Satria Neo je... Pesal aku taksub sangat dengan Satria Neo nie??? Bukan la taksub mane... Sebab nie je 'sport car' yang mampu aku beli... Lagipun... Sokonglah barangan buatan Malaysia... Tak gitu???

Serba sedikit tentang Proton Satria Neo kebanggaan aku nie...

History

The Proton Satria is a hatchback produced by PROTON (Perusahan Otomobil Nasional)

The production was started in 1995 for the 1st generation and ended in 2005.

The new Satria Replacement Model (codename SRM) also known as Proton Satria Neo was launched on 16th June 2006.

The name Satria which means Knight in Sanskrit was chosen for Proton's 3-door hatchback to reflect the sportiness of the car.nie...


So, sekarang dah tau kenapa aku namakan kereta aku 'Black Knight'. Hehehe...



Saya nak awak tahu...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘I LOVE U’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “TOLONG TINGGALKAN SAYA!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

~terkedu bila baca message yg dtg dr seseorg yg amat disayangi. thanks syg...~