Monday, November 28, 2011

~VW Golf GTi~

Ape best sgt ke VW Golf GTi nie?

Tengok la sendiri...



Thursday, November 17, 2011

Petua Membelai Cinta

PETUA MEMBELAI CINTA: Dari Ust Ismail Kamus

Baca bila ada kelapangan.

PETUA MEMBELAI CINTA

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun di tengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan

“Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan
mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita.” Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila. Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak.

Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang, abang sayang, tak ada duit, abang melayang, lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, “Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup
melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan
kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang,” jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai.

Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan. Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami, namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.

Nabi bersabda,

“Wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya.”

Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya
jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil.

Allah berfirman,

“Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu.”

Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.

Beliau menambah, “Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak
kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?” soalnya.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak di awal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang.

Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru
terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. “Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya.”

Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi.

Lantas Saidina Umar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?"

Pemuda itu menjawab, "Tidak ya Amirul Mukmimin."

Saidina Umar bertanya lagi, "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?"

Orang itu jawab, "Tidak pernah.”

Bertanya lagi Saidina Umar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya?”

Orang itu menjawab, “Tidak pernah.”

Lantas ditanya Saidina Umar lagi, "Macam mana engkau kenal dia?”

Dijawab si pemuda. “Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.”

Saidina Umar berkata, “Engkau pergi dan selidiki lagi. Kerana engkau, sebenarnya belum betul kenal kepadanya.”

Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang-alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. “Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi.

Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan,” sarannya. Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia
segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan
redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya.
Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar.

Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan. “Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar. Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, si suami memukul atau mendera si isteri.

Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya Cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh di sudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk,” ujarnya.

Tambahnya lagi, “Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam, maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka.”

Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan.

Lama-kelamaan ibunya bertanya, “Engkau sakit ke, asyik diam aja.”

Si anak menggelengkan kepala. Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin," ceritanya.

TEGUR CARA BERHIKMAH

Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. “Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: “Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepada-Nya jua mereka dikembalikan.”

Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya."

Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas
baran beliau menjelaskan

"Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. "Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik ke rumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Antara maksudnya, "Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang
tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nya apa
yang ada di langit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya dan
apa yang ada di bawah tanah.” Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga ke pusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang
masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan
berserakah, hendaklah segera bertaubat.

Nabi bersabda,

“Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya
tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api
neraka.” dedah Ustaz penuh bermakna.

Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Wednesday, November 16, 2011

Me & Snooker...

Apa itu Snooker?

Snooker adalah sukan 'cue' yang dimainkan di atas meja besar yang ditutup dengan 'baize' hijau dengan poket disetiap penjuru dan di tengah-tengah setiap kusyen panjang. Ia dimainkan dengan 'cue' dan bola snooker: bola 'cue' berwarna putih, 15 bola Merah yang bernilai 1 mata setiap satu, dan enam bola yang berbeza warna: Kuning (2 mata), Hijau (3), Coklat (4), Biru (5), Merah Jambu (6), dab Hitam (7). Seorang pemain (atau pasukan) memenangi 'frame' dengan mengumpul lebih banyak mata nilai dari pihak lawan menggunakan bola 'cue' untuk memasukkan bola Merah dan bola berwarna. Pemain akan memenangi perlawanan apabila beberapa 'frame' tertentu telah dimenanginya.

Pemain snooker sedang membuat pukulan dengan bantuan 'rest'


Ok, itulah pengenalan bagi permainan snooker. Entry ni sebenarnya nak cerita pasal sejarah bagaimana aku menceburkan diri dalam bidang snooker.

Semuanya bermula bila aku tamat menduduki SPM. Akibat terlalu banyak masa yang terluang ketika menunggu keputusan SPM, lalu aku pun mula berjinak-jinak dengan permainan ini. Tapi seperti kebanyakan orang, pertama kali main sememangnya menyebabkan wang ringgit terbang melayang. Bukan kerana membeli peralatan untuk bermain, tetapi sewaan meja yang lama untuk setiap 'frame'. Rata-rata Pusat Permainan atau Latihan Snooker mengenakan bayaran RM 5.00 - RM 12.00 sejam, bergantung kepada lokasi serta keadaan meja yang disediakan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa pandangan yang mengatakan tempat-tempat sedemikian adalah punca kepada masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, melepak, perjudian dan sebagainya. Tetapi, pada aku, ini hanya pandangan minoriti. Tidak dinafikan bahawa memang terdapat gejala-gejala yang disebutkan di atas berlaku, tetapi, sekiranya pihak pengurusan bertindak tegas, perkara-perkara ini dapat dielakkan.

Berbalik pada kisah aku, aku mula bermain ketika umur aku menjengah 18 tahun. Oleh disebabkan aku tak mempunyai pendapatan, aku hanya bermain seminggu sekali bersama rakan-rakan.

Bila dah datang minat yang begitu mendalam, aku mula menonton video atau pertandingan snooker. Antara video yang gemar aku tonton:

Ronnie O'Sullivan (The Rocket) melakukan 'break' maksimum
serta terpantas

Ronnie O'Sullivan merupakan antara pemain snooker kegemaran aku. Aku sangat kagum dengan kepantasan beliau membuat keputusan, pukulan yang menarik serta gayanya yang bersahaja.

Setelah bermain hampir 7 tahun, aku telah beberapa kali ditawar untuk menyertai pertandingan. Walaupun pada pandangan orang, aku boleh bermain dengan baik, tapi aku merasakan aku belum mampu untuk bertanding secara rasmi. Namun, tarikh 16/11/11 merupakan tarikh keramat bagi aku kerana mampu mengalahkan seseorang yang bukan dikalangan rakan aku.

Aku berharap, dengan kemenangan yang tak seberapa ini akan menaikkan semangat aku untuk menyertai pertandingan yang akan datang...


Jangan merungut....

1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita, bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yangg perlu
dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. Untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yang jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih
berupaya untuk berjalan.

10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Abu Yazid Al-Bustami

ILMU BENTENG PENYELAMAT DIRI

ABU YAZID AL-BUSTAMI

Abu Yazid al-Bustami seorang ahli sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Sam’an. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu dia pun bersiap sedia dengan pakaian dan cara diberitahu dalam mimpinya.

Dia masuk ke gereja Sam’an tanpa disedari oleh paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua paderi. Setelah ketua paderi datang, ketua paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, “Ada orang percaya kepada syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu dibunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid al-Bustami bangun, tanpa rasa takut.

MENJAWAB 50 SOALAN BERTANYA 1 SOALAN

Ketua paderi berkata, “Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”

Jawab Abu Yazid al-Bustami, “Baiklah! Tanyalah apa sahaja yang kamu mahu tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas itu Abu Yazid al-Bustami menjawabnya dengan tepat. Kata Abu Yazid al-Bustami, “Saya sudah jawab semua soalan tuan. Sekarang ada lagikah soalan lain?”

Semua pendeta menjawab, “Tidak ada lagi.”

Kemudian Abu Yazid al-Bustami mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “Beritahu saya kunci syurga dan kunci langit.”

Tiada seorangpun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid al-Bustami telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun dia membisu. Katanya, “Bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.”

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya, mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua paderi.

“Bahawa kunci syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah LAILAHAILALLAH MUHAMMADURASULULLAH.” tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid al-Bustami berkata, “ Memang benar kata ketua kamu.”

SEMUA PADERI MEMELUK ISLAM

Abu Yazid al-Bustami menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya. Ketua paderi itu meyakinkan pengikut-pengikutnya. “Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia, dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!”

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid al-Butami.

Ilmu Abu Yazid al-Bustami telah menyelamatkannya dari maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkannya dari kesesatan dan ilmu kedua-dua telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

KANDUNGAN DIALOG KETUA PADERI DENGAN ABU YAZID AL-BUSTAMI

Bil.

Pertanyaan Ketua Paderi

Jawapan Abu Yazid al-Bustami

1

Yang satu tiada dua

Kewujudan Allah Maha Esa. Dia tuhan yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya.

2

Yang dua tiada tiga

Malam dan siang. Apabila pergi malam, datanglah siang dan apabila pergi siang, datanglah malam.

3

Yang tiga tiada empat

Kursi, Kalam dan Arasy Allah s.w.t.

4

Yang empat tiada lima

Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5

Yang lima tiada enam

Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Isya’,dan Subuh.

6

Yang enam tiada tujuh

Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam semua kitab suci.

7

Yang tujuh tiada lapan

Tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi yang juga disebut di dalam kitab-kitab suci.

8

Yang lapan tiada sembilan

Bilangan malaikat yang memikul arasy Allah Taala yang disebutkan di dalam kitab suci (Ertinya): Dan akan memikul arasy tuhan kamu pada hari (kiamat) itu adalah lapan malaikat.

9

Yang sembilan tiada sepuluh

Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi perosak bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam kitab suci (Ertinya): Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10

Sepuluh yang sempurna

Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (Ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah sepuluh yang sempurna.

11

Yang sebelas

Saudara-saudara Nabi Yusuf a.s.

12

Yang dua belas

Bilangan bulan dalam setahun.

13

Yang tiga belas

Mimpi Nabi Yusuf a.s. yang tersebut di dalam kitab suci: Sesungguhnya aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.

14

Orang yang berdusta, kemudian masuk ke syurga

Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Ya’qub a.s. bahawa Yusuf telah dimakan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itru adalah suatu dusta.

15

Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka

Mereka ialah kaumYahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (Ertinya): Telah berkata kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani, kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16

Tempat roh dalam badan manusia

Roh berada dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firman-Nya (Ertinya): Katakan roh itu dari perkara urusan tuhanku.

17

Az Zariaati Zarwaa

Nama empat macam angin.

18

Al Haamilaati Waqraa

Awan gemawan di dada langit.

19

Al Jaariaati Yusraa

Perahu-perahu yang belayar di laut.

20

Al Muqassimaati Amraa

Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Sya’ban.

21

Yang empat belas

Tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (Ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi, datanglah kepada-Ku secara patuh terhadap perintah-Ku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “Kami akan datang kepada-Mu secara patuh dan taat.

22

Kubur yang berjalan dengan penghuninya

Ikan besar yang menelan Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus a.s. dibawa oleh ikan ke mana- mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23

Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh

Waktu Subuh seperti firman Allah Taala (Ertinya): Demi Subuh apabila ia terlepas.

24

Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.

Air yang dikirim oleh Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman a.s. di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25

Empat bukan daripada golongan manusia, malaikat dan bukan dari punggung lelaki dan perempuan

Kibas yang dibawa Jibril a.s. sebagai korban ganti Nabi Ismail a.s., unta Nabi Saleh a.s. yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa a.s.

26

Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai sesuatu yang buruk

Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (Ertinya): Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.

27

Darah mula-mula mengalir ke bumi

Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Qabil.

28

Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.

Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (Ertinya): Sesungguhnya tipu helah kaum wanita adalah sesuatu tipu helah besar atau berat.

29

Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh

Tongkat Nabi Musa a.s.

30

Wanita yang paling utama

Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khadijah dan Aishah, Asiah (isteri Firaun) dan Marim binti ‘Imran.

31

Gunung yang paling utama

Gunung Thursina.

32

Binatang yang paling utama

Kuda.

33

Bulan yang paling utama

Bulan Ramadhan.

34

Malam yang paling utama

Lailatul Qadar

35

Tentang At Thoomah

Hari kiamat.

36

Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada 5 kembang,2 bunga di matahari dan 3 bunga di tepi gelap

Pohon itu ‘tahun’ yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. 5 itu ialah 5 waktu solat, 2waktu pada waktu siang dan 3 lagi ditunaikan pada gelap menyelubungi alam.

37

Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji

Bahtera Nabi Nuh a.s.

38

Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu

Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masam dan air mulut tawar.

39

Naqir, Fatil dan Qitmir

Naqir ialah titk yang terdapat pada kulit luar benih, Fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan Qitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40

Sabid dan Labada

Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41

Sam dan Ram

Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam a.s.

42

Maksud keldai menguak

Keldai menguak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43

Maksud anjing menyalak

Anjing menyalak bemaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang Maha Berkuasa

44

Maksud jeritan kuda

Kuda menjerit bermaksud: Maha Suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45

Maksud jeritan unta

Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu wakafa billahi wakiilaa. Ertinya: Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46

Maksud nyanyian burung Bulbul

Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha Suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47

Maksud bunyi katak

Bunyi katak bermaksud: Maha suci tuhan yang disembah di mana-mana sahaja ada makhluk-Nya dan di tempat-tempat yang tiada penghuni.

48

Maksud kata-kata burung Nakus

Maksud kata-katanya: Maha Suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?

49

Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan malaikat

Makhlik itu ialah lebah seperti firman Allah Taala (Ertinya): Dan tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebah…

50

Di mana malam ketika siang da di mana siang ketika malam

Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.