Apa itu Snooker?
Snooker adalah sukan 'cue' yang dimainkan di atas meja besar yang ditutup dengan 'baize' hijau dengan poket disetiap penjuru dan di tengah-tengah setiap kusyen panjang. Ia dimainkan dengan 'cue' dan bola snooker: bola 'cue' berwarna putih, 15 bola Merah yang bernilai 1 mata setiap satu, dan enam bola yang berbeza warna: Kuning (2 mata), Hijau (3), Coklat (4), Biru (5), Merah Jambu (6), dab Hitam (7). Seorang pemain (atau pasukan) memenangi 'frame' dengan mengumpul lebih banyak mata nilai dari pihak lawan menggunakan bola 'cue' untuk memasukkan bola Merah dan bola berwarna. Pemain akan memenangi perlawanan apabila beberapa 'frame' tertentu telah dimenanginya.

Pemain snooker sedang membuat pukulan dengan bantuan 'rest'
Ok, itulah pengenalan bagi permainan snooker. Entry ni sebenarnya nak cerita pasal sejarah bagaimana aku menceburkan diri dalam bidang snooker.
Semuanya bermula bila aku tamat menduduki SPM. Akibat terlalu banyak masa yang terluang ketika menunggu keputusan SPM, lalu aku pun mula berjinak-jinak dengan permainan ini. Tapi seperti kebanyakan orang, pertama kali main sememangnya menyebabkan wang ringgit terbang melayang. Bukan kerana membeli peralatan untuk bermain, tetapi sewaan meja yang lama untuk setiap 'frame'. Rata-rata Pusat Permainan atau Latihan Snooker mengenakan bayaran RM 5.00 - RM 12.00 sejam, bergantung kepada lokasi serta keadaan meja yang disediakan.
Walaupun begitu, terdapat beberapa pandangan yang mengatakan tempat-tempat sedemikian adalah punca kepada masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, melepak, perjudian dan sebagainya. Tetapi, pada aku, ini hanya pandangan minoriti. Tidak dinafikan bahawa memang terdapat gejala-gejala yang disebutkan di atas berlaku, tetapi, sekiranya pihak pengurusan bertindak tegas, perkara-perkara ini dapat dielakkan.
Berbalik pada kisah aku, aku mula bermain ketika umur aku menjengah 18 tahun. Oleh disebabkan aku tak mempunyai pendapatan, aku hanya bermain seminggu sekali bersama rakan-rakan.
Bila dah datang minat yang begitu mendalam, aku mula menonton video atau pertandingan snooker. Antara video yang gemar aku tonton:
Ronnie O'Sullivan (The Rocket) melakukan 'break' maksimum
serta terpantas
Ronnie O'Sullivan merupakan antara pemain snooker kegemaran aku. Aku sangat kagum dengan kepantasan beliau membuat keputusan, pukulan yang menarik serta gayanya yang bersahaja.
Setelah bermain hampir 7 tahun, aku telah beberapa kali ditawar untuk menyertai pertandingan. Walaupun pada pandangan orang, aku boleh bermain dengan baik, tapi aku merasakan aku belum mampu untuk bertanding secara rasmi. Namun, tarikh 16/11/11 merupakan tarikh keramat bagi aku kerana mampu mengalahkan seseorang yang bukan dikalangan rakan aku.
Aku berharap, dengan kemenangan yang tak seberapa ini akan menaikkan semangat aku untuk menyertai pertandingan yang akan datang...
heheheh sape orng ye syg oi??
ReplyDelete